Bila Waktu Sesuai Ambil Pelan Takaful?

1-14
Untuk Khidmat Nasihat Takaful, tuan/puan boleh whatsapp/call saya di 014.998.7851
Begini perbualan saya dengan En Rashid,
 
Encik Rashid:
Saya nak ambil takaful, tapi nanti la saya fikir-fikir, bila waktu yang sesuai nanti saya bagitahu Encik Aidil balik.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Owh, boleh takde masalah En Rashid, cume sebelum tu boleh saya tahu kenapa tak nak sign up untuk anak sekarang? Masalah budget ke macam mana? if masalah budget kita leh sit down sama-sama tengok addon mana yang boleh dikurangkan.
 
Encik Rashid:
Saya ok dengan budget RM340 tu. Memang nak pun VIP plan Health Enrich +  tu. Siapa tak nak bagi yang terbaik untuk anak kan. Cuma rasa macam belum sampai seru lagi lah! Lagipun company medical card pun ada cover anak saya. Saya bayar jugak portion company medical card tu sikit.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Hmm.. Maaf ye En Rashid. Pada saya bergantung kepada company medical card semata-mata agak risky.
 
Encik Rashid:
Eh Kenapa Pulak?
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Sebabnya let say sekiranya En Rashid tukar keje, anak dah takde dah coverage tu, itu jika tukar keje, itu kita tak ambil kira faktor vss atau something terjadi pada kita. Maaf ye En., bukan saya doakan apa-apa. Cume untuk risk control, kita memang kene lihat possible outcome dari pelbagai bentuk. Tambah2 En skarang ni upstream O&G banyak buang orang.
 
Encik Rashid:
Kalau macam tu takpe lah En Aidil, saya bincang dengan wife saya dulu.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Ok. Tapi kene cepat tau inform saya balik. Kita complete semua form dulu then En bagi greenlite je saya submit application. Ingat tau kene cepat, sebab ini adalah peluang last waktu sesuai utk En signup. En dah terlepas waktu paling sesuai amik takaful 4 bulan lepas.
 
Encik Rashid:
Eh kenapa pulak peluang last. Saya cari agen lain la kalo awak nak paksa2.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Eh, takde lah. saya tak paksa, sure En Rashid lupa ni…kan tadi saya ada bagitahu, mana2 syarikat takaful/insurans memang ada tetapkan tempoh matang (grace period). Utk kes PrudentialBSN ni ialah 120hari sama dengan 4 bulan. So waktu terbaik En Rashid signup ialah 4 bulan lepas sebabnya, jika En Rashid signup 4 bulan lepas, hari ni anak En Rashid terus fully cover tanpa syarat tempoh matang. Tapi tak boleh sebab En Rashid dah tlepas peluang tu..so
 
Waktu kedua terbaik ialah sekarang.. sebabnya lagi cepat kita ambil lagi cepat tempoh matang tu habis. En Rashid nak ambil nanti pun boleh tapi tu peluang last tu sangat risiko, boleh jadi takde peluang langsung jika ditimpa apa2 situasi kritikal, insurance company automatic reject. Saya bukannya paksa tapi saya tak nak En Rashid terlepas peluang ni.
 
Encik Rashid:
Hmm.. kalo macam tu apply sekarang la Aidil. Betul jugak apa awak ckp ni. Maafkan saya.
Trusted Agent Aidil Azhar:
Ok. Saya submit petang ni jugak. Terima Kasih En Rashid.
Jadilah Seperti Rashid.
Jadilah Seperti Rashid
Health Enrich Produk baru

PruBSN Health Enrich

Bulan August 2013 yang lalu, Prudential BSN Takaful memperkenalkan satu lagi produk bari rider medical card  terbaik yang dikenali sebagai Health Enrich. Pelan rider yang sedia ada Takaful Health 2 masih dikekalkan. Ini bermakna, client akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyesuaikan dengan kehendak lifestyle mereka.

Health Enrich Produk baru

 

Apa yang menarik ialah, Rider PruBSN Health Enrich ini terbahagi kepada 4 jenis yang lebih fokus kepada memenuhi cara hidup masyarakat Malaysia.

Health Enrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan daripada pakar bertaraf dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang eksklusif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.

Semua kelebihan ini dan lebih lagi khusus untuk melengkapi gaya hidup anda yang unik.

Jom Ketahui Gaya Hidup Anda!!

Adakah Anda?

1) MUDA DAN MENGEJAR KEBEBASAN DALAM KEHIDUPAN? atau

2) BERDEDIKASI DANMENGAMBIL LEBIH KOMITMEN DALAM KEHIDUPAN? atau

3) BERCITA-CITA TINGGI DAN INGINKAN YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN? atau

4) BERJAYA DAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG MEWAH?

HealthEnrich_1

Jelas bahawa konsep medical card terbaik kali ini umpama kita memilih untuk membeli kereta. Jika kita baru graduate, kita akan tend untuk membeli MyVi, seterusnya bila bertaraf Eksekutif Muda, kita akan ke arah Honda Civic misalannya… Next ialah dimana kita melangkah ke arah management dalam kerjaya kita dan kita mula beli BMW atau Mercedes. Seterusnya ialah pilihan kebebasan kewangan kita dimana kita membeli Bentley.

Begitu la perumpaan yang hampir serupa dengan medical card terbaik Health Enrich ini dimana permulaan medical card bermula dengan Health Enrich Vital, seterusnya Health Enrich Select, kemudian Health Enrich Advance dan jika berkemampuan maka seterusnya ke arah Health Enrich Premier yang berstatus VIP.

Untuk permohonan pelan Health Enrich, kriteria umur penyertaan adalah seperti di bawah:

Health Enrich Umur

 

Mari kita lihat lebih mendalam apakah benefit yang ditawarkan oleh Health Enrich.

 

 

Health Enrich Vital (Entry Level)

  • Rawatan Perubatan yang boleh diperolehi di 70 rangkaian hospital di seleuruh negara

  • Ketenangan walau di mana jua anda berada kerana anda dilindungi di seluruh dunia.

  • FLEKSIBILITI untuk meningkatkan / menaiktaraf pelan anda sesuai dengan peningkatan gaya hidup anda yang berubah.

Health Enrich Vital disarankan untuk youngster yang baru memulakan alam pekerjaan. Kadarnya adalah murah dan ianya tertakluk kepada co-takaful. Co-takaful untuk Health Enrich adalah berbeza daripada Co-Takaful Takaful Health 2. Dimana untuk Health Enrich, co-takaful nya masih dikekalkan kepada 10{5d5088aa30e38cdad61492d3eaca77b3ad2f693032386a989fdc1083efbe1b58} jumlah bil ditanggung oleh pemegang polisi dan 90{5d5088aa30e38cdad61492d3eaca77b3ad2f693032386a989fdc1083efbe1b58} selebihnya ditanggung oleh Prudential BSN. Namun had minimum ko-takafulnya ialah RM400 manakala had maksimum ialah RM2000.

 

Ko-Takaful
Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun) RM150
Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan Kanser

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan(Had Tahunan) RM1,500
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia

Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM30,000
Had Seumur Hidup RM300,000

 

Sudah tentu jika dilihat pada limit tahunan dan lifetime limit adalah rendah dimana RM30 000 dan RM300 000 masing-masing. Namun bagi yang baru memulakan alam pekerjaan, keadaan kuasa berbelanja yang terhad membolehkan at least semua orang untuk memiliki medical card yang terbaik. Better small than you never have it kan..ye la..sakit itu kita tidak dapat jangka. Mati itu pasti. Perlindungan awal adalah perlu dan sangat affordable. If dah mampu sikit boleh la segera upgrade ke Health Enrich yang lebih tinggi.

 

 

Health Enrich Select

Gaya hidup anda berubah apabila anda berkeluarga. Pilih pelan yang memenuhi kehidupan dengan perlindungan terbaik dan memenuhi tanggungjawab anda yang meningkat. Untuk pelan ini, anda diberikan dua pilihan samada ingin dapatkan Full Coverage dimana bil hospital di tanggung oleh Prudential sepenuhnya ataupun pilihan co-takaful. Sudah tentu option untuk pilihan ko-takaful adalah lebih murah premiumnya.

Dalan Health Enrich Select ni, anda ditawarkan:

  • Perlindungan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang KOMPREHENSIF
  • Manfaat-manfaat unik yang memberi KETENANGAN untuk IBU-IBU MENGANDUNG
  • PERLINDUNGAN PENUH untuk  BIL-BIL PERUBATAN anda yang memberikan perlindungan tambahan dan ketenangan minda

 

Satu kelebihan memiliki Health Enrich berbanding Takaful Health 2 ialah kini, anda boleh menikmati pelan full coverage untuk si anak kecil tersayang. Tidak seperti Takaful Health 2 dimana hanya pemegang polisi berumur 19 tahun ke atas sahaja boleh memilih utk Full Coverage. Dengan Health Enrich, si kecil juga boleh menikmati full coverage bermula dari pelan Health Enrich Select.

 

Ko-Takaful

Perlindungan

Penuh

Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian(maksimum 200 hari setahun) RM200 RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah(180 hari seumur hidup)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Rawatan Sebelum Masuk Hospital danSelepas Masuk Hospital(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Rawatan Kanser

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM6,000 RM6,000
Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM2,000 RM2,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia

Ya

Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM60,000 RM60,000
Had Seumur Hidup RM600,000 RM600,000

 

 

Health Enrich Advanced

Bergerak seiring dengan perjalanan career anda, langkah ke hadapan dengan pelan yang memberikan perlindungan terkini dan melengkapi gaya hidup anda yang sibuk. Buat masa ni, Preferred Hospital yang didaftarkan di bawah Health Enrich ialah :

  1. Sunway Medical Centre
  2. Prince Court Medical Centre
  3. Gleneagles Kuala Lumpur
  4. Kota Bharu Medical Centre
  5. Gleneagles Penang
  6. KPJ Johor Specialist Centre

Untuk List yang updated dari masa ke semasa boleh KLIK DI SINI.

  • Proses yang lebih mudah dengan URUSAN KEMASUKAN  KE HOSPITAL yang telah diuruskan dan penepian deposit hospital di Hospital-hospital Pilihan. Kini anda tak perlu lagi bayar deposit untuk preferred hospital. 🙂
  • RUNDINGAN SECARA LANGSUNG dengan pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa yang bertaraf dunia
  • GANJARAN jika anda kekal sihat dengan BONUS TIADA TUNTUTAN melalui pilihan ko-takaful

 

Health Enrich Advance juga menyediakan 2 pilihan samada anda inginkan ko-takaful atau pilihan full coverage.

Ko-Takaful

Perlindungan

Penuh

Ganjaran untuk Kekal Sihat
Bonus Tiada Tuntutan RM250

Tiada

Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian(maksimum 200 hari setahun) RM300 RM300
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital(maksimum 200 hari setahun) RM100 RM100
Unit Rawatan Rapi (maksimum 60 hari setahun)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah(250 hari seumur hidup)

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Rawatan Sebelum Masuk Hospital danSelepas Masuk Hospital(dalam tempoh 90 hari sebelumdan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua•    Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia(Had Tahunan)•    Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM500

Seperti yang dicaj

RM500

Seperti yang dicaj

Rawatan Kanser

Seperti yang dicaj tertakluk kepada

Ko-Takaful

Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup) RM100,000 RM100,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM10,000 RM10,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan) RM3,000 RM3,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia

Ya

Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM100,000 RM100,000
Had Seumur Hidup RM1,000,000 RM1,000,000

 

Anda boleh mendapatkan pandangan kedua dari doktor-doktor pakar seluruh dunia dengan yuran konsultasi maximum RM500. Pandangan kedua adalah penting sekarang terutama untuk sakit-sakit yang kritikal.

 

 

 

Health Enrich Premier

Ini adalah pelan paling gempak dan yang pertama di Malaysia. Tiada pelan lain seumpanya yang boleh didapati dengan syarikat pengendali takafu yang lain. Menawarkan limit yang amat tinggi, penginapan di suite mewah. Ia membolehkan anda mendapat bantuan perubatan yang terbaik di Malaysia. Nikmati keistimewaan dengan pelan yang menawarkan keperluan yang unggul dan menepati gaya hidup anda.

  • PENGINAPAN BILIK SUITE yang mewah dan rawatan eksklusif di Hospital-hospital Pilihan kami seluruh negara
  • PEMBANTU PERUBATAN KHAS untuk memenuhi setiap keperluan anda
  • HAD KEMASUKAN HOSPITAL YANG TINGGI untuk keperluan perubatan anda

 

Perlindungan

Penuh

Jika Dimasukkan ke Hospital
Bilik dan Penginapan Hospital Harian (maksimum 365 hari setahun)•    Hospital-hospital Pilihan•    Lain-lain hospital RM1,000RM500
Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (maksimum  365 hari setahun) RM200
Pembantu Perubatan Khas Harian (maksimum 365 hari setahun) RM200
Unit Rawatan Rapi (maksimum 120 hari setahun) Seperti yang dicaj
Rawatan dan Prosedur Pembedahan
Perkhidmatan dalam Hospital dan yang Berkaitan
Deposit Hospital di Hospital-hospital Pilihan Diketepikan
Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar
Pembedahan Harian Seperti yang dicaj
Penjagaan Jururawat di Rumah (365 hari seumur hidup)
Rawatan Sebelum Masuk Hospital dan Selepas Masuk Hospital(dalam tempoh 90 hari sebelum dan selepas dimasukkan ke hospital)
Jika Menghadapi Penyakit yang Merubah Kehidupan
Pendapat Perubatan Kedua•    Konsultasi dan Diagnosis dalam Malaysia (Had Tahunan)•    Konsultasi dengan Pakar Bertaraf Dunia

RM1,000

Ya

Rawatan Kanser Seperti yang dicaj
Rawatan Dialisis Buah Pinggang
Pemindahan Organ (Had Seumur Hidup) RM200,000
Jika Berdepan Situasi-situasi Kecemasan
Komplikasi-komplikasi Kehamilan (Had Tahunan) RM20,000
Rawatan Kecemasan untuk Kecederaan akibat Kemalangan(Had Tahunan) RM5,000
Bantuan Perubatan Kecemasan Seluruh Dunia

Ya

Had Tahunan Keseluruhan RM200,000
Had Seumur Hidup RM4,000,000

 

Untuk pelan Health Enrich Premier, tiada pilihan ko-takaful disediakan. Anda akan mendapat Full Coverage.

 

Maklumat Tambahan Yang Penting

  • Untuk HealthEnrich, anda layak menerima sebanyak RM3,000 setahun bagi pelepasan cukai perubatan berkenaan sumbangan anda. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma-terma  dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • HealthEnrich adalah pelan yang dijamin  pembaharuan dengan sumbangan selaras. Walau bagaimanapun,  PruBSN mempunyai  hak untuk menukar  kadar sumbangan dan/ atau Tabarru’ dengan memberi notis 30 hari jika, sebagai contoh, pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih teruk daripada yang dijangkakan. Kadar sumbangan boleh dikaji semula  di bawah  sebarang keadaan wajar  yang lain.  Sebarang penukaran  dalam sumbangan dan/atau manfaat-manfaat hanya akan bermula pada ulang tahun sijil.
  •  Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana peserta akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu kelayakan manfaat. Jika ko-takaful dipilih, peserta perlu membayar 10{5d5088aa30e38cdad61492d3eaca77b3ad2f693032386a989fdc1083efbe1b58} daripada kos kelayakan manfaat, tertakluk kepada ko-takaful minimum sebanyak RM400 dan untuk manfaat-manfaat bawah Jika Perlukan Rawatan Pesakit Luar, Rawatan Kanser dan Rawatan Dialisis  Buah Pinggang, tiada minimum ko-takaful amaun yang dikenakan.
  • Peserta tidak perlu membuat pembayaran yang berkaitan dengan bil-bil untuk kondisi perubatan yang dilindungi di bawah pelan perlindungan penuh – tertakluk kepada had- had setiap pelan dan terma-terma  serta syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam dokumen sijil.
  • Hospital-hospital Pilihan adalah hospital yang dipilih untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada peserta-peserta yang menyertai pelan HealthEnrich Advanced atau HealthEnrich Premier. Sila rujuk laman web PruBSN untuk senarai terkini Hospital- hospital Pilihan.

 

Senarai Komplikasi-komplikasi Bersalin

1. Disseminated Intravascular CoagulationPembekuan Intravaskular
2. Ectopic PregnancyKehamilan Ektopik
3. Hydatidiform MoleHydatidiform Mole
4. Postpartum Hemorrhage Requiring HysterectomyPendarahan Postpartum Memerlukan Histerektomi
5. EclampsiaEklampsia
6. Amniotic Fluid EmbolismEmbolisme Cecair Amniotik
7. Pulmonary Embolism of PregnancyEmbolisme Pulmonari Semasa Mengandung
8. Toxaemia of PregnancyToksemia Semasa Mengandung

 

Senarai Pemindahan Organ

1. Kidney Buah Pinggang
2. Heart Jantung
3. Lung Paru-paru
4. Liver Hati
5. Bone Marrow Tulang Sumsum
6. Cornea Kornea

 

Jom dapatkan quotation medical card Health Enrich dengan saya hari ini dengan memilih salah satu dari 3 langkah:

1) Klick Get Quotation dan isikan maklumat.

2) Emailkan pertanyaan kepada email@aidilazhar.com

3) Hubungi saya SMS “Saya nak medical card” ke 012.580.3720

 

Jangan tunggu dan bertindak segera kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti kita 🙂

Takaful-Ummah-1

Takaful Ummah Umrah & Haji : Percuma Badal Hajj

Ramai di antara kita bercita-cita untuk menunaikan Umrah serta melakukan Rukun ke-5 dalam Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah haji. Adakah anda telah mendaftarkan giliran anda untuk menunaikan Haji di Tabung Haji? Jika sudah daftar Tahniah! saya ucapkan. Jika belum, segerela daftar sekarang kerana queue gilirannya agak panjang (bertahun-tahun).

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah pelan takaful umrah haji daripada Prudential BSN Takaful dimana ianya menawarkan pelan perlindungan ketika anda mengerjakan Umrah dan Haji. Kita semua sedia maklum bahawa kita merancang tapi Allah yang menentukan semuanya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda hari ini ditakdirkan meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah haji.?

Nak Harapkan anak buat upah haji? itu sesuatu yang kita tidak pasti. Sure ke kita duit yang kita warisi untuk anak-anak akan dilaburkan kepada kita untuk mengerjakan upah haji.?

Atau bagaimana jika kita meninggal muda dan tidak serta pasangan lagi? siapa yang akan bantu kita melakukan upah haji?

Saya tahu rukun haji wajib jika mampu. Persoalan sebegini bukanlah Persoalan Negatif, tetapi lebih kepada persoalan yang membawa kepada persediaan payung sebelum hujan.

Sebab itu PruBSN menawarkan Badal Hajj sekiranya anda disahkan meninggalkan dunia. Manfaat ini merupakan sebab utama mengapa ramai client saya memiliki takaful ummah tanpa teragak-agak.

PruBSN memperkenalkan pelan takaful ummah yang dapat membantu peserta melakukan simpanan, menawarkan perlindungan serta membantu memenuhi keperluan rohani.

Takaful-Ummah-1

Manfaat Utama:

Badal Haji

Manfaat Badal Haji sebanyak RM2000 kepada peserta yang telah meninggal dunia tanpa mengambil kira samada perserta pernah atau belum pernah melakukan haji.

Badal Hajj

Anda boleh melantik penama anda atau Tabung Haji untuk menerima upah haji sebanyak RM2000 tidak kira samada anda belum pernah atau pernah mengerjakan haji.

PruUmmah-Penama

Pemilihan TH Tracel & Tours sebagai penama mempunyai kelebihan seperti Badal Hajj anda adalah terjamin daripada penyalahgunaan wang manfaat.

 

Apakah Features atau Manfaat lain PruBSN Ummah?

1) Manfaat Kematian & Manfaat Kehilangan Kehilangan Kekal

Sekiranya peserta meninggal dunia, PruBSN akan membayar jumlah perlindungan asas kepada penama dan Sekiranya peserta hilang upaya kekal, maka PruBSN akan membayar jumlah perlindungan asas kepada peserta.

2) Manfaat Khairat Kematian

Manfaat ini, PruBSN akan membayar jumlah bayaran sebanyak RM2000 kepada penama apabila berlaku kematian kepada peserta tidak kira apa sebab berlaku kematian kepada peserta. Secara tak langsung manfaat ni akan dapat meringan beban keluarga bagi pengurusan jenazah.

3) Manfaat Takaful Berganda

Sekiranya peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal SEMASA mengerjakan haji atau umrah, maka akan dibayar jumlah perlindungan asas sebanyak dua kali ganda. Manfaat ini tertakluk kepada tempoh menunggu selama 3 tahun dari tarikh penguatkuasaan polisi, menunaikan ibadah sebelum umur 60 tahun dan hanya boleh diaktifkan 2 kali sahaja iaitu 1 kali apabila melakukan umrah (15hari) dan 1 kali apabila melakukan haji (45hari). Peserta harus memaklumkan kepada PruBSN sebelum menunaikan ibadah haji atau umrah.

4) Manfaat Takaful Berganda Plus (Optional Rider)

Manfaat ini adalah sama seperti manfaat takaful berganda, cumanya limit 2 kali seumur hidup mengerjakan haji atau umrah dimansuhkan. Maksudnya, anda akan dibayar dua kali ganda daripada jumlah perlindungan asas sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal tidak kira berapa kali pun anda mengerjakan haji dan umrah dengan syarat perlu memaklumkan kepada PruBSN sebelum menunaikan Haji atau Umrah.

5) Manfaat Crisis Shield (Optional Rider)

Manfaat ini akan membayar pampasan kepada peserta (bergantung kepada jumlah perlindungan dipilih) sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal. Manfaat ini akan dapat mengurangkan beban peserta sekiranya ditakdirkan menghidap sakit krital.

Peserta harus memilih jumlah pampasan untuk sakit kritikal sama atau lebih rendah daripada jumlah perlindungan asas. Sila rujuk contoh dibawah.

Takaful-Ummah-2-critical-ilness

Contoh Senarai 36 Sakit Kritikal dan perlindungan manfaat Critical Ilness oleh PruBSN Takaful Ummah:

36-Critical-Ilness

6) Manfaat Contributor (Optional Rider)

Untuk melengkapkan manfaat perlindungan, contributor adalah satu manfaat dimana caruman tidak lagi perlu dibayar pada masa hadapan sekiranya berlaku perkara seperti kematian, kehilangan kekal & sakit kritikal. Dengan erti kata lain, polisi adalah percuma.

7) Manfaat Simpanan

Memandangkan kos haji dan umrah sentiasa menaik saban tahun seperti artikel di bawah oleh Berita Harian, Takaful Ummah juga menyediakan manfaat simpanan untuk menampung simpanan sedia ada di Tabung Haji dengan kadar pulangan yang lebih tinggi. Ini merupakan simpanan tambahan bagi melengkapkan simpanan di Tabung Haji. Simpanan anda hanya boleh dikeluarkan untuk melakukan ibadah umrah dan haji. Jika anda memerlukan simpanan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Anda boleh memilih manfaat Rider Optional Ummah Saver. Dengan Ummah Saver sebarang simpanan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa mengambil kira faktor melakukan haji atau umrah.

Takaful-Ummah-Saver

PruUmmah_5

melalui akaun simpanan dalam Takaful Ummah ini, anda juga ditawarkan bonus loyalti berdasarkan sumbangan tahunan di tahun-tahun polisi seperti dibawah:

takaful_ummah_loyaltiBonus

Berikut adalah jumlah pengeluaran minimum yang boleh dilakukan dan berapa baki yang perlu ditinggalkan dalam pilihan akaun simpanan takaful ummah vs rider ummah saver

PruUmmah_7

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa manfaat Takaful Ummah dari PruBsn Takaful adalah supplement yang perlu untuk perancangan anda melakukan ibadat haji dan umrah. Ringkasan manfaat adalah seperti di bawah.

Summary-TakafulUmmah

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan pelan takaful ummah. Anda boleh SMS “Saya Nak Umrah” kepada saya Aidil – 012.580.3720 atau pertanyaan juga boleh dibuat memalui email ke email@aidilazhar.com

 

 

PruBSN Smartlink

Takaful untuk Bayi Anda: PruBSN Smartlink Manfaat Kehamilan & Bayi

Berita baik untuk semua bakal-bakal ibu diluar sana, kini anda boleh melindungi bayi anda sedari kehamilan 20 minggu. Kenapa anda perlu tunggu sampai bayi anda lahir sekiranya anda boleh mendapatkan perlindungan ketika anda kandungan anda berusia 20 minggu lagi. Di Prudential, kami sentiasa memikirkan perlindungan yang terbaik untuk diberikan kepada semua.

PruBSN Smartlink

Sudah tentu ini merupakan berita gembira kerana penantian bayi yang disayangi boleh dilindungi dari dalam rahim lagi.

Untuk mendapatkan brosur PruBSN Smartlink sila click pada link berikut:

PruBSN Smartlink – Download Brosur Disini

PruBSN Link Series* –  Download Brosur Disini

*PruBSN Link Series adalah parent program untuk Life Protection dimana terbahagi kepada tiga kategori mengikut umur iaitu PruBSN Smartlink (Kandungan dalam Rahim 20 minggu – 18 tahun), PruBSN FirstLink (19-25 tahun) dan PruBSN Takafulink (26-70 tahun)

 

Apa itu PruBSN Smartlink?

PruBSN Smartlink adalah pelan perlindungan sumbangan berkala investment-link yang di’design’kan khas untuk perlindungan anak anda serta manfaat simpanan dana pendidikan yang terbaik untuk anak anda. Melalui Bonus EduSmart, anak anda bukan sahaja mendapat perlindungan tetapi juga bonus atas kecemerlangan akademik yang dicapai dalam peperiksaan umum Malaysia. Pelan ini boleh diambil seawal usia kandungan anda dalam 20 minggu kandungan.

Umur Matang polisi PruBSN Smartlink ini adalah fleksibel dimana anda boleh memilih untuk  polisi matang anak anda pada umur 25tahun atau jika anda ingin merancang untung perlindungan anak anda sehingga dia berumur 80 atau 100tahun.

 

Apa perlindungan tambahan PruBSN Smartlink?

PruBSN melindungi anak anda sejak umur 20 minggu dalam kandungan. Sedari ini, kami memberikan perlindungan anak anda dalam kandungan sehingga dilahirkan. Dapatkan extra basic dan kami akan perlindungan semasa anda hamil serta manfaat selepas lahir bayi anda.

Stress Tekanan Tempat Kerja

Petua Mengurangkan Stress Di Tempat Kerja

Ramai yang stress ni di tempat kerja. So admin nak kongsi kan sedikit panduan untuk menangani stress di tempat kerja.

Apa Itu Stress atau Tekanan?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit.
Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam
jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan
tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak
standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Punca Tekanan Memuncak atau Stress?

Jenis kerja
– kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
– terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab
– tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
– bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat
– komunikasi tidak berkesan
– gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa
– bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi
– budaya menyalahkan pekerja
– tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap

kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif
– kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan
sukar untuk naik pangkat
– tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

Kesan Stress
Stress akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negative.

Ia boleh menyebabkan
– sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
– gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
– tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang
– hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
– kemurungan

Cara Mengurangkan Stress
1) Mengubahsuai punca stress dengan :
– penyelesaian masalah secara musyawarah
– perancangan kerja dengan baik
– pengurusan masa yang bijak
– berkomunikasi secara lebih berkesan
– mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan
masa yang tidak fleksibel
2) Mengelak stress dengan :
– elakkan beban kerja berlebihan
– mengetahui kemampuan sendiri
– menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
– membuat kerja secara muafakat
3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
– mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
– merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
relaksasi otot secara progresif)
– meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
– berfikir secara positif
– mampu (menerima kritikan dengan baik)

Tips Mendapat Nasib Baik dan perbezaannya dengan Tuah Badan

Kita sebenarnya salah mentafsirkan nasib. Ramai orang selalu berkata..

“Apalah nasib aku ni”
“Dah nasib badan”

Kalau kita bermain “Jutaria” – Nasib didalam translation English ialah ‘Chance’ dan bukannya ‘Fate’ (Takdir)

Maknanya kita boleh ubah nasib kita…

How? Bagaimana?

Satu Tips yang saya dapat dari Dato Azman Ching ialah:

Untuk mendapat nasib yang baik kita perlukan persediaan. Maknanya kita perlu bersedia atau membuat persediaan
untuk menerima nasib yang baik.

NASIB + BERSEDIA = NASIB BAIK

 

Memandangkan saya dalam industri takaful insurans dan Unit Amanah

Apapila seseorang dimasukkan ke dalam wad dan mempunyai medical card untuk menanggung bil hospital beliau.

Dia akan berkata “Nasib aku ada medical card” …dan sudah pasti  TAK kata “Bertuah aku ada medikal card”

Sebabnya TUAH atau LUCK ini adalah sesuatu tidak perkara tak pasti yang kita TIDAK boleh control.

Nasib pun kita tak boleh control tapi kita boleh control untuk menerima nasib yang baik atau tidak?

Sebab tu saya selalu bertanya, sudah kah anda membuat persediaan sekiranya hari ni anda tidak mampu bekerja dan jatuh sakit

Ingat, insurans company anda tidak akan bantu anda sekiranya anda disahkan lumpuh tidak boleh bekerja.

Mari kita buka mata dan minda.. bukan hanya pada insurans atau takaful.

 

Tapi dalam kerja kita sendiri. Contoh…

Ahmad dan Ali merupakan pekerja yg sama kelulusan. Ahmad setiap kali datang kerja
awal dan tidak pernah lewat..

tetapi Ali selalu datang jam 10 dan kalau datang awal sure keluar balik untuk breakfast. Dalam kualiti kerja..Ali sangat bagus dan menepati dateline.

Ahmad pula pun bagus malah selalu hantar kerja lebih awal dari dateline.

Apabila ada kekosongan jawatan untuk dinaikkan pangkat kepada Pengurus.. Anda rasa siapa yang layak?

Sudah tentu Ahmad kerana dia membuat persediaan untuk menerima nasib yang baik.

Memang tanggungjawab saya untuk menyedarkan anda semua kepada pentingnya Takaful dan Insurans. Tapi untuk mendapat nasib yang baik bukan hanya tertakluk kepada insurans semata-mata, tetapi seluruh aspek kehidupan anda.

Perlu ke Nak Ada Medical Card Kalau Company dah Cover?

Q: Perlu ke nak ada medical kalau dah ada company cover?
A: Perlu, lagi awal lagi bagus, sebelum sakit better apply, kalo dah sakit tak boleh apply.

Awareness 1:
Company cover sampai pencen je.. after pencen sekiranya perlu admit hospital, medical card company dah takde..nak pakai medical card? time tu kalo bru nak apply mmg mahal sangat.. tu kalo tak sakit teruk, kalo dah sakit teruk, lagi susah nk apply.

Awareness 2:
Sekiranya pada umur 40 tahun, kita menghadapi lumpuh xboleh berjalan. Agak-agak, company nak terima kita keje lagi? of coz company buang sebab kita dah takde value untuk company. Kalo kene admitted, time ni nak pakai medical card apa? sebab medical card company tak provided dah?

Medical ni perlu untuk risk planning. Means risk tu kita transfer kepada medical card dari segi financial risk.

Sediakan payung sebelum hujan ..bukan kita mintak sakit, tapi malang tidak berbau. btul? jangan teragak-agak untuk dapatkan perlindungan dari awal.

Apa Itu Takaful? Perbezaan Takaful Vs Insurans

Q: Takaful Vs Insurans? Apa Itu Takaful? Apa beza Takaful dengan Insurans?

A: Secara Layman-term atau bahasa biasanya, sebenarnya takaful sama aje dengan insurans. Iaitu dari segi objektif nya melindungi anda dari risiko kewangan. Namun, takaful adalah patuh syariah sedangkan insurans adalah bersifat konvensional, tidak patuh shariah, senang citer.. haram untuk kita ada insurans kerana gharar (ragu-ragu), maisir(perjudian)  dan riba(bunga)..

Q: Tapi kita perlukan insurans betul? sebab objektif dia baik. Maka Wujudlah takaful 🙂

A: Secara Definisinya,

Perkataan Takaful berasal dari kata kerja bahasa Arab ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu, permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan sebagai ‘Takaful’.

Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah seorang daripada mereka.

Jadi kawan-kawan, nampak tak perbezaan takaful? Insurans konvensional

Maknanya,

Yang Pertama – Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain. Kalau Insurans, premium kita bayar bulanan itu adalah trus kepada pengendali takaful, Syarikat ini yang menanggung risiko. Tapi untuk takaful, premium kita trus masuk kedalam satu “Tabung” dan diguna kongsi pakai oleh semua pencarum premium.

Q: So Apa yang Syarikat tu buat?

A: Syarikat hanya bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful. Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat Takaful.

Q: Ramai orang sakit nanti tabung jadi kecik. Macam mana?

A: Dana Takaful yang disumbangkan oleh pencarum boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syari’ah. Maka dari situlah how tabung tu can cater permintaan.

 

Ringkasan:

Sumber Gambar: Blog Health is Wealth

Sila anjurkan sebarang pertanyaan sekiranya terdapat kemusykilan

Panel Hospital Untuk Prudential BSN Takaful – Medical Card Terbaik Untuk Anda

Sebenarnya, sebelum ini saya telah postkan di blog main blog saya tentang Panel Hospital Prudental BSN ni, memandangkan saya berhajat untuk separate kan blog between Takaful dan Mainblog. Maka saya akan repost semula senarai Panel Hospital Prudential BSN.

Sekiranya anda ingin dapatkan Senarai Panel Hospital Prudential Assurance (Buku Polisi warna Merah) Sila Download DI SINI

Nota: Prudential Assurance adalah entiti yang berbeza dengan Prudential BSN Takaful kerana Prudential Assurance adalah konvensional manakala PruBSN Takaful ialah syarikat Takaful dengan kerjasama Prudential dan BSN. Maka senarai Panel Hospital adalah sedikit berbeza. Namun Syarikat induknya adalah sama iaitu carry the brand of Prudential 🙂

Senarai Panel Hospital Prudential BSN Takaful Terbaik Untuk Anda 🙂

1) Kuala Lumpur

  • PANTAI HOSPITAL KUALA LUMPUR Bukit Pantai
  • PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE
  • TUNG SHIN HOSPITAL
  • SENTOSA MEDICAL CENTRE
  • GLENEAGLES HOSPITAL KUALA LUMPUR
  • INSTITUT JANTUNG NEGARA
  • HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
  • TAWAKAL HOSPITAL
  • PRINCE COURT MEDICAL CENTRE
  • PANTAI HOSPITAL AMPANG

2) Selangor

  • AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
  • KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL
  • PANTAI HOSPITAL KLANG
  • SRI KOTA MEDICAL CENTRE
  • ASSUNTA HOSPITAL
  • DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
  • SUNWAY MEDICAL CENTER
  • COLUMBIA ASIA SDN BHD
  • KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL
  • DEMC SPECIALIST HOSPITAL
  • SIME DARBY MEDICAL CENTRE SUBANG JAYA

3) Johor

  • PANTAI HOSPITAL BATU PAHAT
  • PUTRA SPECIALIST HOSPITAL BATU PAHAT
  • MEDICAL SPECIALIST CENTRE (JB) WISMA MARIA
  • PUTERI SPECIALIST CENTER
  • JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
  • KEMPAS MEDICAL CENTRE
  • PUSAT PAKAR KLUANG UTAMA
  • HOSPITAL PENAWAR Pasir Gudang

4) Pulau Pinang

  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (SG ARA)
  • BAGAN SPECIALIST CENTRE
  • KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
  • PANTAI MUTIARA HOSPITAL
  • PENANG ADVENTIST HOSPITAL
  • TANJUNG MEDICAL CENTRE
  • LOH GUAN LYE SPECIALIST CENTRE
  • GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
  • LAM WAH EE HOSPITAL
  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (FARLIM)
  • ISLAND HOSPITAL

5) Negeri Sembilan

  • NILAI CANCER INSTITUTE
  • SENAWANG SPECIALIST HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE SEREMBAN
  • SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL
  • NS CHINESE MATERNITY MEDICAL CENTRE

6) Melaka

  • MAHKOTA MEDICAL CENTRE
  • HOSPITAL PANTAI AYER KEROH
  • PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA

7) Perak

  • PANTAI PUTRI IPOH
  • IPOH SPECIALIST HOSPITAL
  • FATIMAH HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE TAIPING
  • APOLLO MEDICAL CENTRE TAIPING

8) Kedah

  • KEDAH MEDICAL CENTER
  • METRO SPECIALIST HOSPITAL SP
  • HOSPITAL PANTAI UTARA SUNGAI PETANI

9) Kelantan

  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  • KOTA BHARU MEDICAL CENTE
  • PERDANA SPECIALIST HOSPITAL

10) Terengganu

  • KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL

11) Pahang

  • KUANTAN MEDICAL CENTRE
  • KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL
  • DARUL MAKMUR MEDICAL CENTRE

12) Sarawak

  • NORMAH SPECIALIST MEDICAL CENTRE
  • KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
  • TIMBERLAND MEDICAL CENTRE
  • COLUMBIA MEDICAL CENTRE MIRI
  • REJANG MEDICAL CENTRE SIBU
  • SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE

13) Sabah

  • SABAH MEDICAL CENTRE
  • DAMAI SPECIALIST CENTRE
  • RAFFLESIA MEDICAL CENTRE

 

Jika Anda Masih Belum Mendapatkan Medical Card Prudential Bsn Takaful 3 dalam 1 yang terbaik dan ingin mendapatkan medical card Prudential Bsn Takaful, Anda bolehlah SMS “Saya Nak Medical Card” di talian 012-580 3720 dan anda boleh mengemailkan sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan quotation medical card (isikan mengikut format di sebelah sidebar kanan) dan emailkan ke email@aidilazhar.com.
Kunjungi laman Facebook kami dan Klik LIKE di –> MyTakaful MyMedical.

Takaful Health 2: Pelan Terbaru Takaful Medical Card No 1

Takaful Health 2 adalah salah satu rider medical card untuk Investment Link Takaful yang membayar balik perbelanjaan perubatan besar yang ditanggung sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau rawatan pesakit luar semasa kemalangan. Pelan ini juga memberi ganjaran kepada pemegang sijil Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) bagi peserta-peserta yang tidak membuat apa-apa tuntutan bagi tahun.

Anda boleh memilih antara ko-Takaful atau deduktibel daripada RM3,000, RM10,000 atau deduktibel Zero.

Bilakah umur tamat tempoh bagi Takaful Health 2?
Umur tamat tempoh bagi orang dewasa 70 atau 80 tahun dan bagi kanak-kanak adalah 25, 70 atau 80 tahun.

Umur tamat tempoh untuk pilihan deduktibel Zero adalah 70 atau 80 tahun.

Siapakah yang layak untuk menyertai Takaful Health 2?
Anda layak untuk menyertai Takaful Health 2 jika anda berumur di antara 19 hingga 70 tahun. Anda juga boleh melindungi anak anda seawal usianya 14 hari.

Deduktible Zero hanya boleh ditawarkan jika anda atau anak anda berumur di antara 19 hingga 70 tahun.

Mengapakah anda memerlukan Takaful Health 2?
Untuk memberi anda dengan perlindungan perubatan apabila anda dimasukkan ke hospital atau anda memerlukan rawatan perubatan di hospital. Ia juga memberi ganjaran kepada anda untuk mengekalkan kesihatan anda dengan Bonus Tanpa Tuntutan (NCB).

 

Sila rujuk kepada risalah bagi maklumat lanjut.
Nota-nota:
1. Ini adalah penerangan ringkas mengenai produk. Untuk butiran lengkap seperti terma-terma dan syarat-syarat yang terperinci, sila rujuk kepada dokumen sijil anda.
2. Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang.
3. Bonus Tanpa Tuntutan (NCB) tidak diberikan bagi pilihan deduktibel Zero.

Takaful Health 2Dapatkan Quotation Anda untuk Pelan Terbaru Kami. Manfaat 3 dalam 1

 

Lawati Facebook Page kami untuk mendapat update dari semasa ke semasa MyMedical MyTakaful

Sekiranya berminat untuk mendapatkan quotation secara percuma, sila Click SINI atau juga boleh SMS saya terus di talian 012.580.3720 (Aidil Azhar)