FAQ Produk Takaful:

 

Q: Apa dia Takafulink?

A: Merupakan pelan takaful berkait pelaburan (investment link) dimana menawarkan manfaat terbaik 3 in 1:

– Perlindungan

– Medical Card dan Manfaat Hospital

– Simpanan berbentuk Pelaburan

Pelan Takaful semestinya memenuhi syariah compliance. Pelan 3 in 1 ini memberikan pelan yang komprehensif dimana anda dapat menikmati semua perlindungan dalam kos yang lebih rendah serta mempunyai nilai simpanan yang lebih tinggi daripada simpanan biasa kerana simpanan anda dilaburkan ke dalam dana unit amanah.

Bercerita tentang pelaburan, setiap pelaburan mempunyai risiko masing-masing. Risiko yang lebih tinggi akan memberikan pulangan keuntungan yang tinggi dan begitu juga disebaliknya. Dalam pelan takafullink, ada 3 jenis dana yang diberikan sebagai pilihan di mana segment pelaburan ekuiti merupakan risiko tertinggi pulangan tertinggi diikuti dengan dana seimbang seterusnya dana bond.

Terdapat 3 Dana disusun mengikut kategori risiko:
– Dana Ekuiti  (Ekuiti – Agressive)
– Dana Urus (Balanced Fund – Moderate)
– Dana Aman (Bond Fund – Conservative)

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.

Harga dana boleh dirujuk dalam akhbar tempatan atau ke www.PruBSN.com.my

Q:  Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

A: Apabila nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

Q. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

A: Pulangan tidak dijamin kerana ia berkonsepkan pelaburan berisiko dan dilaburkan ke Unit Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa. Namun pelaburan ini adalah rendah risiko dalam jangka masa panjang dan mempunyai dua jenis pulangan iaitu pulangan capital appreciation dan pulangan dividend.

Q. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Medical Card Takaful Health 2 / Health Enrich?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Medical Card boleh diambil untuk pilihan umur sehingga 70 @ 80 tahun dan untuk kanak-kanak boleh juga diambil sehingga umur 25 tahun.

Q: Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

Q: Bagaimanakah option untuk membayar caruman polisi setiap bulan?

A:

– Credit Card/Debit Card
– Auto Bank (Maybank)
– Cheque
– Biro Angkasa

FAQ Awareness:

 

Q: Perlu ke nak ada medical kalau dah ada company cover?
A: Perlu, lagi awal lagi bagus, sebelum sakit better apply, kalo dah sakit tak boleh apply.

Awareness 1:
Company cover sampai pencen je.. after pencen sekiranya perlu admit hospital, medical card company dah takde..nak pakai medical card? time tu kalo bru nak apply mmg mahal sangat.. tu kalo tak sakit teruk, kalo dah sakit teruk, lagi susah nk apply.

Awareness 2:
Sekiranya pada umur 40 tahun, kita menghadapi lumpuh xboleh berjalan. Agak-agak, company nak terima kita keje lagi? of coz company buang sebab kita dah takde value untuk company. Kalo kene admitted, time ni nak pakai medical card apa? sebab medical card company tak provided dah?

Medical ni perlu untuk risk planning. Means risk tu kita transfer kepada medical card dari segi financial risk.

Sediakan payung sebelum hujan ..bukan kita mintak sakit, tapi malang tidak berbau. btul? jangan teragak-agak untuk dapatkan perlindungan dari awal.

 

—————————————————————————————————————————————

Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan terhadap Produk Takaful atau tiada soalan terjawab dalam FAQ ni. Sila kemukakan soalan dalam ruangan komen dibawah atau hantarkan email ke email@aidilazhar.com