Posts

Bila Waktu Sesuai Ambil Pelan Takaful?

1-14
Untuk Khidmat Nasihat Takaful, tuan/puan boleh whatsapp/call saya di 014.998.7851
Begini perbualan saya dengan En Rashid,
 
Encik Rashid:
Saya nak ambil takaful, tapi nanti la saya fikir-fikir, bila waktu yang sesuai nanti saya bagitahu Encik Aidil balik.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Owh, boleh takde masalah En Rashid, cume sebelum tu boleh saya tahu kenapa tak nak sign up untuk anak sekarang? Masalah budget ke macam mana? if masalah budget kita leh sit down sama-sama tengok addon mana yang boleh dikurangkan.
 
Encik Rashid:
Saya ok dengan budget RM340 tu. Memang nak pun VIP plan Health Enrich +  tu. Siapa tak nak bagi yang terbaik untuk anak kan. Cuma rasa macam belum sampai seru lagi lah! Lagipun company medical card pun ada cover anak saya. Saya bayar jugak portion company medical card tu sikit.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Hmm.. Maaf ye En Rashid. Pada saya bergantung kepada company medical card semata-mata agak risky.
 
Encik Rashid:
Eh Kenapa Pulak?
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Sebabnya let say sekiranya En Rashid tukar keje, anak dah takde dah coverage tu, itu jika tukar keje, itu kita tak ambil kira faktor vss atau something terjadi pada kita. Maaf ye En., bukan saya doakan apa-apa. Cume untuk risk control, kita memang kene lihat possible outcome dari pelbagai bentuk. Tambah2 En skarang ni upstream O&G banyak buang orang.
 
Encik Rashid:
Kalau macam tu takpe lah En Aidil, saya bincang dengan wife saya dulu.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Ok. Tapi kene cepat tau inform saya balik. Kita complete semua form dulu then En bagi greenlite je saya submit application. Ingat tau kene cepat, sebab ini adalah peluang last waktu sesuai utk En signup. En dah terlepas waktu paling sesuai amik takaful 4 bulan lepas.
 
Encik Rashid:
Eh kenapa pulak peluang last. Saya cari agen lain la kalo awak nak paksa2.
 
Trusted Agent Aidil Azhar:
Eh, takde lah. saya tak paksa, sure En Rashid lupa ni…kan tadi saya ada bagitahu, mana2 syarikat takaful/insurans memang ada tetapkan tempoh matang (grace period). Utk kes PrudentialBSN ni ialah 120hari sama dengan 4 bulan. So waktu terbaik En Rashid signup ialah 4 bulan lepas sebabnya, jika En Rashid signup 4 bulan lepas, hari ni anak En Rashid terus fully cover tanpa syarat tempoh matang. Tapi tak boleh sebab En Rashid dah tlepas peluang tu..so
 
Waktu kedua terbaik ialah sekarang.. sebabnya lagi cepat kita ambil lagi cepat tempoh matang tu habis. En Rashid nak ambil nanti pun boleh tapi tu peluang last tu sangat risiko, boleh jadi takde peluang langsung jika ditimpa apa2 situasi kritikal, insurance company automatic reject. Saya bukannya paksa tapi saya tak nak En Rashid terlepas peluang ni.
 
Encik Rashid:
Hmm.. kalo macam tu apply sekarang la Aidil. Betul jugak apa awak ckp ni. Maafkan saya.
Trusted Agent Aidil Azhar:
Ok. Saya submit petang ni jugak. Terima Kasih En Rashid.
Jadilah Seperti Rashid.
Jadilah Seperti Rashid

Tips Mendapat Nasib Baik dan perbezaannya dengan Tuah Badan

Kita sebenarnya salah mentafsirkan nasib. Ramai orang selalu berkata..

“Apalah nasib aku ni”
“Dah nasib badan”

Kalau kita bermain “Jutaria” – Nasib didalam translation English ialah ‘Chance’ dan bukannya ‘Fate’ (Takdir)

Maknanya kita boleh ubah nasib kita…

How? Bagaimana?

Satu Tips yang saya dapat dari Dato Azman Ching ialah:

Untuk mendapat nasib yang baik kita perlukan persediaan. Maknanya kita perlu bersedia atau membuat persediaan
untuk menerima nasib yang baik.

NASIB + BERSEDIA = NASIB BAIK

 

Memandangkan saya dalam industri takaful insurans dan Unit Amanah

Apapila seseorang dimasukkan ke dalam wad dan mempunyai medical card untuk menanggung bil hospital beliau.

Dia akan berkata “Nasib aku ada medical card” …dan sudah pasti  TAK kata “Bertuah aku ada medikal card”

Sebabnya TUAH atau LUCK ini adalah sesuatu tidak perkara tak pasti yang kita TIDAK boleh control.

Nasib pun kita tak boleh control tapi kita boleh control untuk menerima nasib yang baik atau tidak?

Sebab tu saya selalu bertanya, sudah kah anda membuat persediaan sekiranya hari ni anda tidak mampu bekerja dan jatuh sakit

Ingat, insurans company anda tidak akan bantu anda sekiranya anda disahkan lumpuh tidak boleh bekerja.

Mari kita buka mata dan minda.. bukan hanya pada insurans atau takaful.

 

Tapi dalam kerja kita sendiri. Contoh…

Ahmad dan Ali merupakan pekerja yg sama kelulusan. Ahmad setiap kali datang kerja
awal dan tidak pernah lewat..

tetapi Ali selalu datang jam 10 dan kalau datang awal sure keluar balik untuk breakfast. Dalam kualiti kerja..Ali sangat bagus dan menepati dateline.

Ahmad pula pun bagus malah selalu hantar kerja lebih awal dari dateline.

Apabila ada kekosongan jawatan untuk dinaikkan pangkat kepada Pengurus.. Anda rasa siapa yang layak?

Sudah tentu Ahmad kerana dia membuat persediaan untuk menerima nasib yang baik.

Memang tanggungjawab saya untuk menyedarkan anda semua kepada pentingnya Takaful dan Insurans. Tapi untuk mendapat nasib yang baik bukan hanya tertakluk kepada insurans semata-mata, tetapi seluruh aspek kehidupan anda.

Perlu ke Nak Ada Medical Card Kalau Company dah Cover?

Q: Perlu ke nak ada medical kalau dah ada company cover?
A: Perlu, lagi awal lagi bagus, sebelum sakit better apply, kalo dah sakit tak boleh apply.

Awareness 1:
Company cover sampai pencen je.. after pencen sekiranya perlu admit hospital, medical card company dah takde..nak pakai medical card? time tu kalo bru nak apply mmg mahal sangat.. tu kalo tak sakit teruk, kalo dah sakit teruk, lagi susah nk apply.

Awareness 2:
Sekiranya pada umur 40 tahun, kita menghadapi lumpuh xboleh berjalan. Agak-agak, company nak terima kita keje lagi? of coz company buang sebab kita dah takde value untuk company. Kalo kene admitted, time ni nak pakai medical card apa? sebab medical card company tak provided dah?

Medical ni perlu untuk risk planning. Means risk tu kita transfer kepada medical card dari segi financial risk.

Sediakan payung sebelum hujan ..bukan kita mintak sakit, tapi malang tidak berbau. btul? jangan teragak-agak untuk dapatkan perlindungan dari awal.

Apa Itu Takaful? Perbezaan Takaful Vs Insurans

Q: Takaful Vs Insurans? Apa Itu Takaful? Apa beza Takaful dengan Insurans?

A: Secara Layman-term atau bahasa biasanya, sebenarnya takaful sama aje dengan insurans. Iaitu dari segi objektif nya melindungi anda dari risiko kewangan. Namun, takaful adalah patuh syariah sedangkan insurans adalah bersifat konvensional, tidak patuh shariah, senang citer.. haram untuk kita ada insurans kerana gharar (ragu-ragu), maisir(perjudian)  dan riba(bunga)..

Q: Tapi kita perlukan insurans betul? sebab objektif dia baik. Maka Wujudlah takaful 🙂

A: Secara Definisinya,

Perkataan Takaful berasal dari kata kerja bahasa Arab ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu, permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan sebagai ‘Takaful’.

Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak Syariah hendaklah berdasarkan konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah seorang daripada mereka.

Jadi kawan-kawan, nampak tak perbezaan takaful? Insurans konvensional

Maknanya,

Yang Pertama – Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan bersetuju melindungi antara satu sama lain. Kalau Insurans, premium kita bayar bulanan itu adalah trus kepada pengendali takaful, Syarikat ini yang menanggung risiko. Tapi untuk takaful, premium kita trus masuk kedalam satu “Tabung” dan diguna kongsi pakai oleh semua pencarum premium.

Q: So Apa yang Syarikat tu buat?

A: Syarikat hanya bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful. Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan pembayaran manfaat Takaful.

Q: Ramai orang sakit nanti tabung jadi kecik. Macam mana?

A: Dana Takaful yang disumbangkan oleh pencarum boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis Syari’ah. Maka dari situlah how tabung tu can cater permintaan.

 

Ringkasan:

Sumber Gambar: Blog Health is Wealth

Sila anjurkan sebarang pertanyaan sekiranya terdapat kemusykilan