Posts

Stress Tekanan Tempat Kerja

Petua Mengurangkan Stress Di Tempat Kerja

Ramai yang stress ni di tempat kerja. So admin nak kongsi kan sedikit panduan untuk menangani stress di tempat kerja.

Apa Itu Stress atau Tekanan?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit.
Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam
jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan
tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak
standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

Punca Tekanan Memuncak atau Stress?

Jenis kerja
– kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang
– terlalu banyak kerja dan kurang masa

Tanggungjawab
– tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)
– bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

Hubungan rakan sejawat
– komunikasi tidak berkesan
– gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

Persekitaran yang tidak selesa
– bising, panas dan sempit

Pengurusan dan organisasi
– budaya menyalahkan pekerja
– tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap

kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif
– kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan
sukar untuk naik pangkat
– tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

Kesan Stress
Stress akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada
tingkahlaku yang negative.

Ia boleh menyebabkan
– sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual
– gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi
– tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah

Kesan jangka panjang
– hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic
– kemurungan

Cara Mengurangkan Stress
1) Mengubahsuai punca stress dengan :
– penyelesaian masalah secara musyawarah
– perancangan kerja dengan baik
– pengurusan masa yang bijak
– berkomunikasi secara lebih berkesan
– mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan
masa yang tidak fleksibel
2) Mengelak stress dengan :
– elakkan beban kerja berlebihan
– mengetahui kemampuan sendiri
– menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri
– membuat kerja secara muafakat
3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :
– mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)
– merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan
relaksasi otot secara progresif)
– meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)
– berfikir secara positif
– mampu (menerima kritikan dengan baik)