Takaful Ummah Umrah & Haji : Percuma Badal Hajj

Takaful-Ummah-1

Ramai di antara kita bercita-cita untuk menunaikan Umrah serta melakukan Rukun ke-5 dalam Rukun Islam iaitu menunaikan ibadah haji. Adakah anda telah mendaftarkan giliran anda untuk menunaikan Haji di Tabung Haji? Jika sudah daftar Tahniah! saya ucapkan. Jika belum, segerela daftar sekarang kerana queue gilirannya agak panjang (bertahun-tahun).

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah pelan takaful umrah haji daripada Prudential BSN Takaful dimana ianya menawarkan pelan perlindungan ketika anda mengerjakan Umrah dan Haji. Kita semua sedia maklum bahawa kita merancang tapi Allah yang menentukan semuanya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya anda hari ini ditakdirkan meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah haji.?

Nak Harapkan anak buat upah haji? itu sesuatu yang kita tidak pasti. Sure ke kita duit yang kita warisi untuk anak-anak akan dilaburkan kepada kita untuk mengerjakan upah haji.?

Atau bagaimana jika kita meninggal muda dan tidak serta pasangan lagi? siapa yang akan bantu kita melakukan upah haji?

Saya tahu rukun haji wajib jika mampu. Persoalan sebegini bukanlah Persoalan Negatif, tetapi lebih kepada persoalan yang membawa kepada persediaan payung sebelum hujan.

Sebab itu PruBSN menawarkan Badal Hajj sekiranya anda disahkan meninggalkan dunia. Manfaat ini merupakan sebab utama mengapa ramai client saya memiliki takaful ummah tanpa teragak-agak.

PruBSN memperkenalkan pelan takaful ummah yang dapat membantu peserta melakukan simpanan, menawarkan perlindungan serta membantu memenuhi keperluan rohani.

Takaful-Ummah-1

Manfaat Utama:

Badal Haji

Manfaat Badal Haji sebanyak RM2000 kepada peserta yang telah meninggal dunia tanpa mengambil kira samada perserta pernah atau belum pernah melakukan haji.

Badal Hajj

Anda boleh melantik penama anda atau Tabung Haji untuk menerima upah haji sebanyak RM2000 tidak kira samada anda belum pernah atau pernah mengerjakan haji.

PruUmmah-Penama

Pemilihan TH Tracel & Tours sebagai penama mempunyai kelebihan seperti Badal Hajj anda adalah terjamin daripada penyalahgunaan wang manfaat.

 

Apakah Features atau Manfaat lain PruBSN Ummah?

1) Manfaat Kematian & Manfaat Kehilangan Kehilangan Kekal

Sekiranya peserta meninggal dunia, PruBSN akan membayar jumlah perlindungan asas kepada penama dan Sekiranya peserta hilang upaya kekal, maka PruBSN akan membayar jumlah perlindungan asas kepada peserta.

2) Manfaat Khairat Kematian

Manfaat ini, PruBSN akan membayar jumlah bayaran sebanyak RM2000 kepada penama apabila berlaku kematian kepada peserta tidak kira apa sebab berlaku kematian kepada peserta. Secara tak langsung manfaat ni akan dapat meringan beban keluarga bagi pengurusan jenazah.

3) Manfaat Takaful Berganda

Sekiranya peserta meninggal dunia atau hilang upaya kekal SEMASA mengerjakan haji atau umrah, maka akan dibayar jumlah perlindungan asas sebanyak dua kali ganda. Manfaat ini tertakluk kepada tempoh menunggu selama 3 tahun dari tarikh penguatkuasaan polisi, menunaikan ibadah sebelum umur 60 tahun dan hanya boleh diaktifkan 2 kali sahaja iaitu 1 kali apabila melakukan umrah (15hari) dan 1 kali apabila melakukan haji (45hari). Peserta harus memaklumkan kepada PruBSN sebelum menunaikan ibadah haji atau umrah.

4) Manfaat Takaful Berganda Plus (Optional Rider)

Manfaat ini adalah sama seperti manfaat takaful berganda, cumanya limit 2 kali seumur hidup mengerjakan haji atau umrah dimansuhkan. Maksudnya, anda akan dibayar dua kali ganda daripada jumlah perlindungan asas sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal tidak kira berapa kali pun anda mengerjakan haji dan umrah dengan syarat perlu memaklumkan kepada PruBSN sebelum menunaikan Haji atau Umrah.

5) Manfaat Crisis Shield (Optional Rider)

Manfaat ini akan membayar pampasan kepada peserta (bergantung kepada jumlah perlindungan dipilih) sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal. Manfaat ini akan dapat mengurangkan beban peserta sekiranya ditakdirkan menghidap sakit krital.

Peserta harus memilih jumlah pampasan untuk sakit kritikal sama atau lebih rendah daripada jumlah perlindungan asas. Sila rujuk contoh dibawah.

Takaful-Ummah-2-critical-ilness

Contoh Senarai 36 Sakit Kritikal dan perlindungan manfaat Critical Ilness oleh PruBSN Takaful Ummah:

36-Critical-Ilness

6) Manfaat Contributor (Optional Rider)

Untuk melengkapkan manfaat perlindungan, contributor adalah satu manfaat dimana caruman tidak lagi perlu dibayar pada masa hadapan sekiranya berlaku perkara seperti kematian, kehilangan kekal & sakit kritikal. Dengan erti kata lain, polisi adalah percuma.

7) Manfaat Simpanan

Memandangkan kos haji dan umrah sentiasa menaik saban tahun seperti artikel di bawah oleh Berita Harian, Takaful Ummah juga menyediakan manfaat simpanan untuk menampung simpanan sedia ada di Tabung Haji dengan kadar pulangan yang lebih tinggi. Ini merupakan simpanan tambahan bagi melengkapkan simpanan di Tabung Haji. Simpanan anda hanya boleh dikeluarkan untuk melakukan ibadah umrah dan haji. Jika anda memerlukan simpanan yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Anda boleh memilih manfaat Rider Optional Ummah Saver. Dengan Ummah Saver sebarang simpanan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa mengambil kira faktor melakukan haji atau umrah.

Takaful-Ummah-Saver

PruUmmah_5

melalui akaun simpanan dalam Takaful Ummah ini, anda juga ditawarkan bonus loyalti berdasarkan sumbangan tahunan di tahun-tahun polisi seperti dibawah:

takaful_ummah_loyaltiBonus

Berikut adalah jumlah pengeluaran minimum yang boleh dilakukan dan berapa baki yang perlu ditinggalkan dalam pilihan akaun simpanan takaful ummah vs rider ummah saver

PruUmmah_7

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa manfaat Takaful Ummah dari PruBsn Takaful adalah supplement yang perlu untuk perancangan anda melakukan ibadat haji dan umrah. Ringkasan manfaat adalah seperti di bawah.

Summary-TakafulUmmah

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan pelan takaful ummah. Anda boleh SMS “Saya Nak Umrah” kepada saya Aidil – 012.580.3720 atau pertanyaan juga boleh dibuat memalui email ke email@aidilazhar.com

 

 

Comments

comments

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Komen Di Sini